Hari kedua di MNF
Hari kedua pulak aku datang awal juga, so sempat lah breakfast roti canai dulu kat kedai makan bawah office MNF ni. Sedap roti canai dia. And then pukul 8.57 pun aku ajak kawan-kawan naik office untuk thumbprint.. Lepas tu kitorang pun masuk bilik meeting untuk sambung minggu suai kenal ni..
Waktu pagi pulak kitorang semua start dengan task yang Pn Dayah bagi iaitu kitorang semua perlu preparekan jawapan untuk soalan ni 1.Impian, 2. Hobi, 3.Kemahiram ,dan 5.Apa yang kitorang akan jadi dalam masa 5 tahun akan datang.
Lepas dah sattle bab impian masing masing, kami pun diberi sedikit sebanyak taklimat daripada Project Department iaitu Puan Nurulhidayah Bt Ishak ataupun dikenali sebagai Puan Ida. Antara fokus Department Of Telco ialah Syarikat MNF akan menjana pendapatan sebanyak 500k sebulan, dan 6 juta dalam masa setahun. Dalam masa 5 tahun, MNF akan membeli tiang pemancar dan menjana pendapatan dengan cara menyewa tiang yang dimiliki.
Seterusnya, Pengenalan kepada Design and Built Department pula diberi oleh Puan Norfazilah binti Zainal atau dikenali sebagai Puan Zila yang merupakan Director Kepada MNF SERVICE SDN BHD. Project Manager bagi department ini ialah En. Syazwan, Architect oleh CIk Shafizah dan Construction Manager pula ialah En. Fadhil. Antara fokus perniagaan Bangloku ialah, untuk membina 250 buah Rumah dalam masa 1 tahun. Dalam masa 5 tahun mejana sebanyak 42 Juta dalam setahun dan membina 14 buah rumah dalam 1 bulan. Dalam masa 10 tahun, syarikat ini mampu menjana sebanyak 10 Billion.
Selepas itu, kami diberi pendedahan tentang aliran kerja bagi membuat submissions untuk suatu pembinaan rumah. Kerja-kerja submissions dibuat bagi mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) contohnya Majlis Perbandaran, Agensi seperti Bomba, TNB, IWK, Syabas, dll. Proses submission biasanya dibuat selepas perbincangan antara client dan kontraktor dipersetujui oleh kedua-kedua pihak. Kemudian team pula akan proceed untuk memulakan kerja-kerja submission, Drafting, bagi memulakan projek. Kerja submission mengambil masa yang agak lama iaitu antara 3-6 bulan untuk mendapat 'green light' daripada pihak Majlis untuk menjalankan projek.
Acara yang terakhir pula ialah 'ice breaking'. Game yang pertama ialah kami dipecahkan kepada dua kumpulan, dan setiap ahli kumpulan berperanan untuk menyampaikan 'lakonan' daripada movie yang hanya diberitahu kepada orang pertama. Orang terakhir yang melihat 'lakonan' itu pula akan meneka movie apa yang telah dilakunkan. Game kedua pula ialah, 'telinga karat' dimana Seorang pemula akan menerima sebaris ayat yang perlu dihafal, dan menyampaikan ayat yang dihafal kepada orang yang seterusnya dan seterusnya, orang yang terakhir pula akan menyebut semula ayat/perkataan apa yang disampaikan. Game terakhir pula merupakan game yang serupa tetapi dalam bentuk gerakan fisikal.
Pengajaran yang saya dapati semasa bermain game ini ialah, sebagai pekerja kita janganlah suka bertanya kepada orang yang sepatutnya dan perlulah jika kita mempunyai sebarang pertanyaan, bertanya terus kepada ketua supaya info yang kita peroleh itu tepat dan tidak diubah.
Comments
Post a Comment