Hari Pertama di MNF
Hari pertama practical di MNF SERVICE SDN BHD, Saya sampai awal pada pukul 8.30 dan tunggu kat bawah bersama rakan-rekan se-intern. Pukul 8.57 pun kitorang naik office untuk start waktu bekerja pada pukul 9 pagi .
Dah masuk office tu, kitorang pun saling berkenalan dengan budak-budak intern yang lain sambil menunggu Cik Noriz. Cik Noriz ni lah yang guide saya lepas je saya dapat tahu yang saya dapat Internship Programme kat syarikat MNF.
Ni pulak tentatif kitorang untuk first day
Tapi biasalah, bila dah masuk office ni semua orang busy so dalam tentatif tu tak semua boleh dibuat dalam satu hari. Untuk meeting yang pertama Puan Nur Hidayah Bt. Abdul Mazlan bagi first speech, sesi perkenalan, pengenalan tentang syarikat MNF, Puan Nur Hidayah, atau lebih mesra kitorang panggil Puan Dayah, merupakan General Manager bagi syarikat MNF ni. Syarikat MNF ni merupaka group of company yang terdiri daripada syarikat pengendali Telco, Food and Beverages, dan Design and Build Construction. Perniagaan yang pertama diusahakan ialah bermula dari Telco, 2006 dan bertukar kepada MNF SERVICE, pada 2013. perniagaan untuk FnB dan Design and Built Construction pula dimulakan pada tahun 2019. Lepas dah Introduction pasal syarikat semua, kitorang pun teruskan dengan next program iaitu daftar thumbprints, register email dan join team dalam media sosial (whatsapp,telegram,facebook).
At the end of the day, kitorang diberi satu assignment yang kitorang kene present sendiri dengan buat video dan diberi due date sampai esoknya....
Ni lah video yang aku buat :p



Comments
Post a Comment