Hari ke-4 dan ke-5 di MNF

 HARI KE-4

Pada ari keempat yang juga merupkan hari khamis itu, aku datang awal sebab pada hari sebelumnya orang yang mengurus kitaorang iaitu Cik Noriz dah pesan, yang esok kitaorang kene datang awal sebab pada hari khamis Bos, iaitu En. Hisam akan masuk office untuk bertemu ramah dengan kitoang. Biasalah, En. Norhisam ni selalu buat kerja kat luar office, tapi dia selalu masuk melawat kawasan construction site. So harini merupakan hari first kitaorang akan berjumpa dengan Bos.




Sesi bersama En. Hisam, yang lebih gemar kami panggil bos. Kami semua kene perkenal kan diri masing-masing. En. Hisam seorang yang hebat, suka memberikan nasihat yang berguna. Contohnya pada sesi pertama bersamanya, nasihat yang diberi ialah 'Trust The Process'. Selain itu, ada satu ayat yang sentiasa yang fikirkan sehingga kini iaitu, 'kalau nak hasil yang luar biasa,kita mestilah buat kerja yang luar biasa'. Ini memberikan semua orang semangat untuk bekerja dan menimba ilmu ketika berkerja bersamanya selama tempoh intern ni... Antar satu benda yang aku dapat hari ni ialah, kalau kita nak jadi leader, kita mestilah mahir dalam sesuatu bidang yang akan kita usahakan.


Lepas dah borak-borak semua, En. Hisam pun proceed dengan perancangan untuk kami. Pada hari Jumaat, iaitu hari ke-5, semua budak construction akan dibawa ke sebuah rumah client untuk membuat kerja jubin pada bahagian dapur...


 HARI KE-5




Pada pagi jumaat pulak, sampai je kat office tu kami semua membuat penyediaan bahan untuk memuat kerja pemasangan jubin di sebuah rumah client yang terletak berdekatan office tu. Lepas dah sediakan bahan semua, kami, bersama Bos, Puan Zila, Dan Abg Acap bertolak ke site. Dah sampai kat site, kami semua mengambil bahagian masing- masing dan membuat preparation seperti setting out, bancuh simen, merandang jubin, menyediakan mesing pemotong jubin, dan sebagainya. Kerja jubin dibuat selama dalam masa kira-kira 5 jam.








Comments

Popular posts from this blog

Hari Pertama di MNF

Hari ketiga di MNF